Infak Ramadan

Wakaf 10 Malam Terakhir Untuk Pembangunan Pusat Tahfiz Anak Yatim Al-Sidiqi

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, mari tuan/puan kita bersama-sama membantu anak-anak yatim yang sedang menghafaz Al-Quran

Bayangkan…

Di saat kita berbuka dengan juadah yang enak, ada anak-anak yatim yang hanya mampu menjamah sekadar apa yang ada. Di saat kita bersahur dengan keluarga tersayang, mereka hanya berteman Al-Quran dan kawan-kawan yang senasib.

Lebih memilukan…

SEMUA anak-anak di tahfiz ini adalah anak yatim. Ada yang kehilangan ayah, ada yang kehilangan ibu, dan ada juga yang yatim piatu , tiada mak, tiada ayah. Bayangkan usia mereka baru 9 hingga 13 tahun, tetapi diuji dengan kehilangan terbesar dalam hidup.

Namun, mereka tetap tabah. Tetap tersenyum. Tetap teguh menghafaz kalam Allah. Mereka percaya, Allah akan hantar insan berhati mulia seperti ANDA untuk membantu.

Adakah anda insan itu?

Tentang  PUSAT TAHFIZ YATIM AL-SIDIQI

Tahfiz ini baru dibuka pada tahun 2021  bermakna, sudah 3 tahun anak-anak ini mengabdikan diri sebagai pelajar tahfiz sepenuh masa.

Mereka bukan hanya menghafaz Al-Quran, tetapi juga belajar subjek akademik. Setiap Jumaat dan Sabtu, guru-guru sukarelawan dari IPG hadir memberi ilmu.

Bayangkan kekuatan hati mereka. Tanpa ibu bapa, tanpa keluarga di sisi, tetapi tetap mahu menggapai cita-cita dan menjadi insan yang bermanfaat untuk ummah.

“Tak semua anak-anak yatim bernasib baik.

Oleh itu mereka sangat perlukan sokongan daripada insan berhati mulia seperti anda.”

Kenapa Infak Anda Sangat Diperlukan Ramadan Ini?

Tahfiz ini dijalankan sepenuhnya TANPA YURAN dan PERCUMA demi anak-anak yatim ini.

Oleh itu, mereka sangat memerlukan dana bantuan daripada anda.

7 tahun  tanah wakaf masih kosong kerana tiada dana untuk pembangunan.

Surau dan asrama untuk pelajar lilbanat masih tertangguh kerana kekurangan dana.

Di atas tanah seluas 3 lot ini akan dibina surau dan asrama, menjadi tempat pembelajaran dan ibadah untuk pelajar perempuan.

Bil air ( RM500/sebulan ) dan bil elektrik ( RM500/sebulan ) yang masih tertunggak, mengganggu operasi harian tahfiz.

Pelajar asrama penuh di sini makan dan minum 4 kali sehari .

Mereka tidak dikenakan sebarang yuran dan seratus peratus bergantung kepada derma serta sumbangan orang ramai.

Kos makan minum anggaran   RM200 seminggu / RM1,000 sebulan .

Apa Ganjaran Anda Bila Berinfak

Satu infak kecil tuan/puan, dilipatgandakan 700 kali ganda. Dan di bulan Ramadan, pahala itu berganda lebih besar lagi. Apa lagi yang tuan/puan tunggu?

Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
— Surah Al-Baqarah: 261

Pahala jariah berterusan – Selagi ilmu mereka dimanfaatkan, pahala akan terus mengalir kepada tuan/puan

Sabda Rasulullah ﷺ

“Apabila anak Adam mati, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sayangi anak yatim moga tuan/puan terpilih berada dekat dengan Rasulullah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”.

(Riwayat Muslim)

Kenapa Anda Harus Membantu Sekarang

Ramadan hanya sekali setahun – Rebut peluang gandaan pahala.List item
Keperluan mereka mendesak – Bil-bil utiliti dan makan minum perlu dilunaskan segera.
Tanah wakaf 7 tahun terbiar – Kini masa terbaik untuk jadikan ia sumber pahala berterusan.
Mereka hanya anak yatim yang perlukan kasih sayang – Biarpun serba kekurangan, dengan bantuan anda mereka dapat teruskan hidup tanpa keluarga disisi.

Sungguh tuan/puan, lihat wajah anak-anak ini sepertinya wajah anak-anak kita, yang polos dan mengharapkan didikan sempurna dalam menjadi insan berguna kelak.

Baju yang dipakai akan lusuh buruk. Tak kekal.

Apa yang kekal tuan/puan?

Sedekah jariah dulu, kini dan selama-lamanya. 

Doa Kami Untuk Anda

“Ya Allah, rahmatilah insan yang meringankan beban anak-anak yatim ini. Luaskan rezeki mereka, lapangkan urusan mereka, dan tempatkan mereka di syurgaMu tanpa hisab. Amin.”

Semoga Ramadan anda kali ini lebih bermakna dengan infak yang membawa seribu rahmat.